Ini Sejarah Kali Pertama !!!
Perkhidmatan Penghantaran UBER bersama Pemandu UBER Penang sememangnya membenarkan Tempahan Perjalanan atau Trip Booking dibuat melalui hampir semua medium perhubungan digital alaf baru seperti Facebook, Telegram, Whatsapp, Wechat, Kakaotalk, BBM, Line dan MiauChat.
Namun, apa yang berlaku kali ini adalah pengalaman pertama dan sudah tentulah ianya sangat mengujakan. Apa sebenarnya yang berlaku ?, Kenapa ianya pengalaman pertama ? dan Apa yang mengujakan sangat tu ?.
Bagi anda yang bukan diposisi kami. Merasainya hanya dengan mata tentulah sesuatu yang sangat biasa dan mungkin hanyalah suatu kisah yang terpinggir.
Berlainan pula dengan kami yang mengalaminya di atas bahu sendiri. Ianya bagaikan seperti memberikan perkhidmatan tambang murah udara berbanding perkhidmatan tambang murah darat.
Walaupun ianya bukan sesuatu yang telah diconfirmkan, namun ini adalah sejarah kali pertama berbanding yang lain-lain dimana cubaan tempahan dibuat pada semalam hari ( Khamis - 17hb November 2016 ) dan trip ditempah adalah pada 1hb Disember 2016.
Pertanyaan atau tempahan biasanya dibuat selewat-lewatnya 1 jam daripada masa/tarikh pickup. Ada juga tempahan dibuat oleh mereka yang mementingkan pengurusan masa pada seawal 1 hari dan juga 2 hari.
Walau demikian, biasanya kami terima tempahan "mengejut" dan kebiasaannya kami tak dapat memenuhinya kerana di dalam trip-trip pelanggan tetap sedia ada mahupun trip baru setiap hari.
TEMPAHAN INI DIBUAT MELEBIHI DARIPADA TEMPOH 10 HARI SEBELUM BERLAKUNYA PROSES PICKUP !!! ... WOW !!! ... TENTUNYA BUKAN SEMBARANGAN ORANG YANG MENJAGA MASANYA SEBEGINI RAPI.
Kalau diizinkan Allah ... perjalanan diminta adalah :-
PickUp : Solok Kikik, Inderawasih, Perai
Drop : Penang International Airport
Time : 3:30pm
Kalau betul Allah kata rezki, nanti admin updatekan perjalanan ini dimasa akan datang. Kalaulah bukan seperti rencana Allah harapnya kami kekal sebagai kawan . InsyaAllah
Note : "50% it is about Money another 50% it is about Friendship !"
Sekian.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan ulasan anda di sini.
Semoga kita akan bertemu lagi nanti.
insyaAllah.
aamiin.