Perjalanan mereka bermula di UiTM Permatang Pauh menuju ke Puncak Mutiara Cafe Kg Pelet Bukit Mertajam Pulau Pinang.
Panggilan diterima dan kenderaan tiba dilokasi selepas solat Maghrib. Riders masih belum bersedia untuk pick up kedana masih berada di dalam kampus. Ketika menunggu, terlihat sesuatu yang tiada di sisi.
Memandu Kenderaan TANPA Lesen Memandu !!!.
Haluan dihala semula ke lokasi kediaman di Bandar Perda. Panggilan "ready to pick up" diterima dan makluman "sesuatu tertinggal" dibalas.
Alhamdulillah, melalui perhubungan SMS riders sedia menunggu. Tiba-tiba admin dihubungi riders yang mengatakan cuaca bertukar kepada hujan lebat.
Ahh ... sudah !!!,
Diaorang TAK ADA TEMPAT BERTEDUH !!!.
Kelajuan ditambah dan lokasi diminta ditukar ke Restoran Mee Sotong Depan UiTM. Syukur ... permintaan dipenuhi.
Kenderaan tiba dengan keadaan hujan. Riders menanti dan menaiki kenderaan UBERXL dan bersiap sedia meluncur ke Puncak Mutiara Cafe.
Perkongsian dibuat sepertimana biasa. Taklimat ringkas UBER Apps, UBER Driver, Keluarga UBER dan Tricks UBER dikongsikan sepertimana kebiasaan sepanjang perjalanan sehinggalah selamat sampai ke destinasi dengan keadaan cuaca masih lagi hujan.
Riders diturunkan dan Pemandu UBER Penang berlepas pulang dengan trip kosong. Alhamdulillah semua selamat.
Satay depan Banggunan UMNO menjadi pilihan kali ini dan singgah bersantai di sana.
Terima kasih menggunakan Perkhidmatan Penghantaran UBER bersama Pemandu UBER Penang.
Sampai Jumpa dan Jumpalah Lagi.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan ulasan anda di sini.
Semoga kita akan bertemu lagi nanti.
insyaAllah.
aamiin.