Fuhhh ... ngeri jugak meniaga UBER nie. Kena pulak tempat bukan hotspot atau rider luar kawasan. Semalam punya cerita je ni. Tunggu punya tunggu ... manjang accept lastly cancel. Adapun yang rider regular balik kerja. Dalam jam 2 pagi kalau tak silap masuk satu request. Alhamdulillah. Trip lagi kononnya. Ingat nak hisup enjin tapi dia kata nak request trip start jam 6 pagi.
Destinasi diberitahu Terminal Lapangan Terbang Bayan Lepas. Sembang punya sembang ... DEAL. Jam 6 pickup untuk dihantar. Tunggu lagi. Tunggu dan tunggu lagi. Membangau kata sang senior dan orang lama dalam UBER. Dalam duk layan membangau. Mata dah meliu lip lap lip lap lip lap. Gerak pi pekena teh tarik secawan. Mana lagi nak hala. Port biasa mengeteh sambil mengUBER. Restoran Nasi Kandar Nasmir Bandar Perda. Update aplikasi bina pengumuman dibuat oleh "abg besar" si Google Play Store.
Mata makin paras. Kecik besa kecik besa je mata. "Biz kurang mengancamlah hari ni ..." kata dalam hati.
Hati kata kat mata . Mata tanye kat otak. Nak tunggu ke nak gerak. Otak kata geraklah dulu lelap barang sejam dua. Hati kata nanti kelaut macamana ? ... Otak tanye mata. Mata kata " aku ikut jer".
Roti Telor dan teh tarik habis dah. Bingkas bangun. Pi kaunter dan bayar. Lepak sat dalam kereta. Kot-kot mana tau ada.
Mata jadi panas hati. Tanye sama otak. Otak balas nak stay ke angkat kaki lambung?. Tapi si otak kata jom la kita balik.
Sampai kediaman mai pulak satu permintaan baru. Mr. PILOT AirAsia request lagi. Admin accept. Macam biasa trip pergi lokasi pickup. Dan hantar lokasi biasa.
Belum sempat apps ditutup masuk pula satu request daripada rider lain menandakan tugasan baru akan dilaksanakan. Brader dalam gambarlah orangnye. Warga Sweden. Bernikah dan mempunyai 2 orang cahaya mata. Seperti biasa, greeting dimulakan. Rider dijemput naik.
Trip pickup di Pangkalan Jeti Butterworth. Dia yang ke Malaysia adalah atas urusan keluarga. Ayahnya berkahwin dengan orang Malaysia berbangsa Cina. Dia akan berlepas ke Langkawi dan kembali semula ke Penang selanjutnya berlepas ke negara asal.
Trip tamat di kediaman ayahnya yang terletak di & alan Jerejak 10. Trip malam semalam adalah trip penuh bersembang dan beremosi. Terima kasih bro. Sampai Jumpa dan Jumpa Lagi.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan ulasan anda di sini.
Semoga kita akan bertemu lagi nanti.
insyaAllah.
aamiin.