Terkini :

Saturday, November 12, 2016

McDonalds AutoCity >>> SMJK (C) Jit Sin

Permohonan perkhidmatan dibuat ketika Pemandu UBER Penang berada di Bandar Perda. Jam menunjukkan waktu ketikanya orang bergegas dan berpusu-pusu pulang ke rumah selepas tamatnya waktu pejabat.

Laluan yang akan dilalui adalah sesuatu yang mengerikan sementara lokasi penghantaran hanyalah beberapa kilometer sahaja dari lokasi pick up.

Kebanyakkan driver akan membuat penolakan jika menerima situasi sebegini. Namun, Pemandu UBER Penang tetap menerima dan bersedia menempuh laluan yang mencabar.

Masa berlalu agak lama. Kesesakan trafik adalah menjadi punca. Namun kelewatan bukan alasan. Dalam pada menuju ke arah lokasi pick up. Panggilan demi panggilan bersilih ganti.

Riders yang menanti juga amat sporting. Walaupun nada nafas seperti hampir kepada give up. Maka akhirnya tiba ke lokasi.

Mereka masih bersenyum. Tentulah sedikit kecewa kerana UBER Driver lewat ke lokasi. Apapun admin sedar mereka hanyalah pelajar sekolah menengah dah belum menjalani kehidupan dunia sebenar.

Semuanya berjalan baik dan seperti biasa perbualan dimula dan bertukar-tukar soalan. Perjalanan selamat ke Pintu 5 Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan ( Cina ) Jit Sin.

Syukur semua selesai.
Terima kasih guna perkhidmatan uncle.
Love to see u back on any future trips
See you.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan ulasan anda di sini.
Semoga kita akan bertemu lagi nanti.
insyaAllah.
aamiin.