Terkini :

Jinko Solar Plant 3 Perai

Bro Ridhuan ni SUPERVISOR di Jinko Solar Plan 3 Perai Pulau Pinang. Dia request UBER untuk anak buah dia. Warga Bangladesh yang peramah.

Walau depa orang Bangladesh ramai dikalangan mereka yang faham bahasa Melayu. Senanglah sikit berkomunikasi dalam trip kali nie.

Selesai sudah sampai ke lokasi. Datang pun gamble jer sebab respond pertama dengan SMS tidak dibalas. Kalau tak datang nanti riders tunggu.

Belasah jelah ... datang dulu baru sembang apa cerita pun. Sampai dilokasi nampak ramai riders. Alamak ! ... mana muat ni.

KawTim Mahhh ... UBERX ditukar kepada UBERXL.
Ok masalah settle tapi masih belum mencukupi. Sebab ada beberapa lagi anak buah bro wan tertinggal.

Tak dan offer .. bro wan terus petik UBER lagi UBER lagi .. mmm dia buat panggilan UBER terus. Takpelah. Ingat kot nak hallo kengkawan dalam Group Geng UBER ... takde rezekilah utk kengkawan lain.

Lain kali la agaknye.

Pacuan dimulakan dan tanya bertanya disertakan ... Pejam celik pejam celik dah sampai. Flat D1 Pacific Perai. Teringat dulu mula-mula admin tiba di Penang. Flat D2 adalah kediaman lebih kurang 2 tahun. Kenagan sungguh tempat ni.

Oklah ... nanti kita sembang lain. Ada masa jumpa dan jumpa lagi.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan ulasan anda di sini.
Semoga kita akan bertemu lagi nanti.
insyaAllah.
aamiin.