Terkini :

JAWATAN KOSONG PEMANDU UBER MALAYSIA.

Apa itu UBER ??

( Kalau diamati berdasarkan pengalaman pemanduan, Orang Melayu adalah antara kaum terkebelakang di dalam penggunaan perkhidmatan mudah & murah tetapi amat  berkesan ini. Ini merujuk kepada penggunaan lebih kerap pelancong asing termasuk pekerja asing di Pulau Pinang. )

Uber merupakan aplikasi perkongsian kereta yang berasaskan sistem operasi Android dan IOS melalui telefon pintar @ smartphone. Melalui Uber, "penumpang" atau lebih dikenali sebagai "rider" boleh menempah/mendapatkan perkhidmatan penghantaran untuk menaiki kereta dengan pemandu Uber melalui tempahan/permintaan di Aplikasi Uber dan urusniaga adalah sepenuhnya dilakukan secara online.

Ketika ini terdapat dua kaedah pembayaran.

1. Kad Kredit  dan
2. Pembayaran Tunai.
( Perjalanan Percuma dengan Uber PromoCode termasuk sebagai pembayaran tunai ).

Uber sebenarnya lebih kepada “car pool” sistem dan bukannya sistem pengangkutan awam. Adalah disyorkan pemandu Uber mempunyai sekurang-kurangnya :-

1. Smartphone ( Android @ iOS )
2. Pakej Langganan Data Internet
3. TouchNGo atau SmartTag
4. Namecard @ Tracking Flyer

Ini adalah bertujuan untuk kemudahan ketika memandu dan membawa penumpang/rider.

Uber telah melancarkan perkhidmatannya di bandar-bandar utama di Malaysia antaranya seperti :-

1. Johor Bahru, Johor
2. Seluruh Melaka,
3. Seluruh Negeri Sembilan,
4. Seluruh Pulau Pinang,
5. Ipoh Perak,
6. Kota Kinabalu Sabah dan
7. Kuching Sarawak.

Anda boleh semak di laman web Uber utk lihat kawasan coverage mereka.

Uber menawarkan beberapa jenis kategori perkhidmatan. Antaranya ialah UberX, UberXL dan UberBlack. Kos perjalanan yang dibayar berbeza mengikut kategori yang dipilih. Anda boleh memilih kategori pililan anda an ianya tertakluk kepada jenis kenderaan anda. Jenis-jenis perkhidmatan ditawarkan boleh dilihat dibawah.

UberX
Cara paling murah dan bajet untuk pergi dari satu destinasi ke satu destinasi. Biasanya kereta dalam kategori UberX. UberX adalah dari kenderaan keluarga 4 tempat duduk seperti Proton Saga, Toyota Vios atau MyVi.

Kancil ?. Uber tak bagi. Sorry.

UberXL
Kategori UberXL adalah terdiri dari kalangan kenderaan dengan kapasiti 7 tempat duduk. Biasanya kereta jenis MPV seperti Toyota Innova, Nissan Grand Livina dan Proton Exora berada dalam kategori ini

UberBlack
Perkhidmatan Uber paling premium. Antara kereta yang berada dibawah kategori ini ialah MPV mewah. Kereta seperti Toyota Camry, Honda Accord, CR-V dan Toyota Vellfire layak berada dalam kategori ini.

Anda boleh memilih untuk memandu sepenuh masa, separuh masa.@ hanya sekadar suka-suka masa. Pandu bila-bila masa anda suka dan 100% fleksibel!

Formula kadar harga/fare rate yang disenaraikan untuk pemandu #UberX, #UberXL & #UberBlack Malaysia.

Tambang Asas + Jarak per KM + Masa per Minit

Sebilangan pemandu Uber yang bertuah dan diizinkan Allah untuk memperolehi pendapatan luar biasa dengan kaedah Rajin dan Tak Pernah Mengalah diberitakan berjaya mendapat penjanaan bermula dari RM1,500.00 hingga RM2,500.00 seminggu !!!.

Rate bayaran adalah berbeza mengikut waktu-waktu tertentu dan tertakluk juga kepada lokasi-lokasi terpilih yang ditetapkan Uber. Jika anda memandu ketika waktu puncak dan permintaan tinggi, bayaran lebih tinggi diberikan. Lebih banyak trip anda mampu laksanakan lebih tinggi pendapatan anda :)

MEMANDULAH DI KAWASAN YANG PADAT PERMINTAAN DAN PADAT KENDERAAN
Tidak semestinya memandu di kawasan padat seperti Georgetown Pulau Pinang  tidak mampu memberikan lebih trip dan wang kepada anda. Tetapi, jika anda mahukan trip dan wang yang lebih, pandulah dikawasan yang mempunyai permintaan tinggi.

SYARAT DAN KEPERLUAN KERETA UBER

Tak perlu SPM mahupun PMR. Sesiapa sahaja layak  untuk menjadi seorang pemandu Uber jika memenuhi syarat-syarat dibawah:

1. Berusia 21 tahun ke atas dengan lesen memandu kereta kompeten. Lesen P Tidak Dibolehkan.

2. Memiliki kenderaan yang dibenarkan dan mestilah berusia kurang daripada 8 tahun.

3. Polisi insurans kereta di bawah nama yang sama seperti pemohon. Jika anda memandu kereta ahli keluarga anda, pastikan bahawa nama anda juga ada disenaraikan di dalam polisi insurans.

Uber sentiasa melakukan pemeriksaan keselamatan ke atas setiap pemandu-pemandu Uber. Sebarang rekod jenayah lampau, rekod memandu yang buruk dan saman tertunggak boleh menyebabkan akaun individu digantung dari terua memandu dengan Uber.

* Cara menggunakan Uber Rider App
* Cara menggunakan Uber Driver App

Nota Kaki Kanan :-

Jangan berbual mengenai politik, agama, perkauman atau topik kontroversi dengan penumpang/rider anda. Cuba elakkan topik-topik tidak perlu dan segera tukar perbualan ke dalam sesuatu yang lebih bermanfaat.

Pemandu UBER Penang Official
Personal #UBERianz Blog
http://goo.gl/Pr17ET

Semak Anggaran Tambang
Beza ?. Memang Berbeza !!!
Murah ?. Murah Giler !!!
http://goo.gl/ZPlEpR
> Masukkan Lokasi "#Mula" @ #PickUp
> Masukkan Lokasi "#Akhir" @ #DropOff

Daftar PERCUMA Sebagai #Penumpang !!!
a.k.a UBERianz #Riders.
Klik Link Untuk Mendaftar.
http://goo.gl/Ha9Rck

Daftar PERCUMA Sebagai #Pemandu !!!
a.k.a UBERianz #Drivers.
Klik Link Untuk Mendaftar.
https://goo.gl/i2ks9o

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan ulasan anda di sini.
Semoga kita akan bertemu lagi nanti.
insyaAllah.
aamiin.