Panggilan perkhidmatan penghantaran UBER diterima !!! ... Pemandu UBER Penang yang sedang mengisi minyak di lokasi Stesen Minyak Petron, Jalan Baru, Perai bersiap sedia memulakan perjalanan.
Pengesahan pick up melalui SMS dihantar dan maklumat drop zone telah disahkan oleh riders. Jumlah penumpang kali ini adalah 3 orang dan kesemua mereka berbangsa Cina.
Laluan dimula dengan mengambil pusingan U di bulatan Bukit Tengah, Bukit Mertajam. Kenderaan dihalakan terus menggunakan Tol Perai. Navigasi buat lawak kerana Susur keluar Bagan Dalam diarahkan keluar ke kiri.
Bahana kadang-kadang berlaku bila bersahabat dengan Navigasi. Apapun kerana lokasi pickup telah diketahui maka arahan navigasi diabaikan.
Tiba di waiting area Stesen KTM Butterworh, 3 orang gadis berbangsa Cina kelihatan di sana. Seperti selalunya ... dimulakan dengan greeting dan lain-lain. Riders dijemput masuk dan skrin diseret menandakan perjalanan akan bermula.
Perjalanan dimulakan dengan perkongsian FREE RIDE.
1. Tahu Tak Tentang FREE Ride ?
2. Tahu Tak Cara Mendapatkan PromoCode ?
3. Tahu Tak Teknik PromoCode Berkali-Kali ?
Cerita dikongsi dan laluan diambil adalah melalui Jalan Machang Bubok. Kenapa tak guna highway ?. Katanya ada kemalangan. Anda pilih guna highway atau alternatif laluan Machang Bubok ?. Riders memilih pilihan Pemandu UBER Penang.
Kos Perjalanan ( PlusMinus ) menggunakan Highway Butterworth-Kulim Expressway ( Highway BKE ) adalah sekitar RM 27 ~ RM 29. Manakala, kos perjalanan menggunakan Jalan Machang Bubuk sekitar RM 30 ~ RM 33.
Lebih mahal ? ... Ya lebih sedikit.
Tapi apakah anda berani menanggung risiko sekiranya BENAR info kenalangan yang dikongsi adalah SAHIH ?.
Admin dan riders bersedia dengan Laluan Jalan Machang Bubok menuju pulang ke Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun ( IPG Tuanku Bainun ).
Kenapa risiko tersebut perlu dielakkan dan kenapa UBER Driver perlu memberitahu perkara tersebut ?. Sekiranya BENAR kesesakan berlaku akibat kemalangan, tambang murah yang diimpikan akan bertukar kepada sesuatu yang lain. Inilah rahsia UBER.
Semua riders termasuk admin sendiri akan memilih yang murah. Oleh demikian, laluan ditetapkan dan kenderaan menyusur ke IPG Tuanku Bainun.
Akhirnya selepas berborak panjang dan bersembang sekali sekala diselitkan perbualan antara mereka dalam bahasa Cina yang admin sendiri tak memahaminya. Salah seorang berkata "kami bincang pasal matapelajaran kami".
OK Jer ...
Tiba di asrama. Admin minta izin bergambar. Keizinan diperolehi selepas pembayaran RM31 dijelaskan.
Itulah cerita admi di dalam perjalanan kali ini.
Terima kasih menggunakan perkhidmatan Pemandu UBER Penang.
Sampai Jumpa dan Jumpa Lagi.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan ulasan anda di sini.
Semoga kita akan bertemu lagi nanti.
insyaAllah.
aamiin.