Sahabat..! Lagi untuk mengingati.
Asal kita daripada اللّٰه, akan berakhir menemui اللّٰه.
Tiada sesuatu benda pun yang layak, untuk dijadikan tempat mengadu dan merintih, melainkan اللّٰه yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Apakah kisah putus cinta itu suatu perkara yang amat berat bagi kita?
Apakah kerana kecilnya ujian itu, seakan sudah gelapnya dunia kita?
Adakah pula dek janji-janji cinta yang tidak kesampaian itu, seakan terhenti sudah hembusan nafas, sehingga menyatakan bahawa akal dan hati itu sudah tidak berfungsi lagi..!
Ingatlah disebabkan akal dan hati yang seperti tidak berfungsi itu, menyebabkan Facebook dijadi sebagai "Suatu Kuasa" penyelesai kepada masalah.
"Jika tidak, mengapa harus Facebook mengetahui kisah cerita itu?" Pasti, setiap rintihan itu, kita amat mengharapkan pertolongan..!
Jangan pula nanti, Facebook akan bersuara menjawab setiap persoalan di hadapan اللّٰه, "...Tuhan yang layak disembah dan Tuhan tempat kita mengadu.."
Moga tidak tergelincir kepada dosa menduakan اللّٰه (Syirik).
Ikhlas: Catatan Rawi
@Cahaya_ilahi5678
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan ulasan anda di sini.
Semoga kita akan bertemu lagi nanti.
insyaAllah.
aamiin.