Perjalanan sudah dirancang rapi. Perjanjian juga telah termetrai. Semua bagai sudah dipermudahkan. Namun, kesilapan kecil menyebabkan ianya berlangsung dalam keadaan sedikit menggusarkan.
Kenapa ?. Ketika persiapan telah disempurnakan. Tiba-tiba alatan komunikasi buat perangai. Smartphone tercinta merajuk maka minta dibelai. Selesai urusan pergerakan dimulakan.
Lokasi dituju Solok Kikik X untuk menjemput rider ( booked trip ). Tiba Perai dengan penuh confidennya mencari alamat diberi. Terpeleyot rasa otak bila alamat diberi telah hilang dari paparan.
Gadget di"belai" tanpa backup. Habis rosak perancangan. Jam dah pula melewati waktu dijanji. Nota online pula tertinggal alamatnya. Masakkk kata dalam hati ... niat nak jadikan Rider 1st Timer >>> Rider Regular ... nampak macam tidak kesampaian.
Panggilan masuk dengan nada seperti kehampaan. Perkhidmatan terbaik diharap namun lain pula dipersembahkan. Kelewatan menyebabkan pasangan Hj Obaid dan Hjh XXX ( Lupa Tanye Nama ) bersama seorang anak dara beliau kelihatan seperti agak kecewa.
Hidup mesti Diteruskan. Lokasi alamat telah pun tiba. Rumah kediaman telah sampai. Pasangan riders sudah menunggu. Driver UBER juga ada di situ.
Barangan beg cuba dipunggah naik, Allahuakbar ... luar bidang kuasa. Mujur Hj Obaid ringan tangan membantu. Admin cuma perhatikan je yang mampu. Dalam hati " Dah la aku lambat. Beg pulak tak boleh angkat. Malunya. "
Riders dipelawa masuk sepertimana juga biasanya. Maka semuanya sepertimana biasa. Perjalanan dimulakan sehinggalah tiba di atas Jambatan Pertama Pulau Pinang. Kelihatan trafik semakin perlahan.
Ya Allah Ya Tuhanku. Kenapa pula jadi begini. Kenapa masa macam ini. Kenapa sekarang dan bukan tadi ?. Namun syukur Alhamdulillah. Sedikit kemalangan kecil berlaku dipersimpangan menuruni jambatan ke susur keluar Bayan Lepas Pulau Pinang. Seorang lelaki dewasa dilihat sedang terduduk disisi jambatan dengan luka2 kecil.
Ada seorang lelaki berbangsa Cina agak prihatin. Membalikkan motor dan menghala ke lokasi mangsa. Mungkin bertanya kalau2 ada yang boleh dibantu. Pemilik kenderaan kereta tidak kelihatan.
Pemandu UBER Penang dan riders meneruskan perjalanan sambil info disalur ke Rakan Pemandu UBER Penang yang lain untuk perhatian.
Sambil berborak dan berkongsi. Akhirnya kami tiba ke lokasi Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas Pulau Pinang. Perjalanan adalah untuk penerbangan sekitar jam 4 Petang dan haluan adalah Bangkok Thailand.
Waahhh hebat !. Mungkin urusan perniagaan atau mungkin bercuti atau mungkin ada alasan tersendiri. Kata Hj Obaid sendiri ada keluarga di sana dan ini bukan kali pertama ke Bangkok. Wow !!.
Sekianlah kisahnya perjalanan kali ini dan diakhirnya ... RMX3 dipamer. RM3 Dihadiahkan sebagai Diskaun ( Amik Ati Rider sebab Lambat Pickup - Jangan Rasa Rugi Bila Memberi - Sebab Allah pesan "More You Give More You Get ) ... tetapi RM7 pula dihadiahkan oleh pasangan kali ini.
Subhanallah. ALHAMDULILLAH. Allahuakbar.
Ternyata inilah antara banyak2 buktinya ... "Bila Allah Izin ..." buat rakan2 BARU komuniti Pemandu Perkhidmatan Penghantaran Tambang Murah Daratan ( Pilot Darat ) untuk direnung, diamalkan dan diteruskan.
JANGAN LOKEK KALAU TAK NAK ALLAH LOKEK.
Terima kasih menghubungi Pemandu UBER Penang
Terima kasih menggunakan perkhidnatan penghantaran bersama Pemandu UBER Penang.
Sampai Jumpa dan Jumpa Lagi
InsyaAllah. Aamiin.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan ulasan anda di sini.
Semoga kita akan bertemu lagi nanti.
insyaAllah.
aamiin.