Terkini :

UBER : Pengalaman Pertama

Assalamualaikum | Salam Sejahtera | Salam 1Malaysia.

Hari ini adalah satu pengalaman baru !!!. Kisahnya bermula begini. Saya lepak dikediaman. Sambil santai melandingkan diri smartphone berkelip menandakan "Someone Need the Help".

Tanpa berlengah masa saya terima dan mula turun untuk ke kenderaan. UBER Rider "Mr Max o" ingin ke lokasi.

SMS demi SMS untuk mempastikan lokasi pick up adalah TEPAT. Lokasi di hantar ialah Hospital Bukit Mertajam. Lokasi untuk dihantar ialah KTM Bukit Mertajam.

UBER Rider bertanya tentang harga. Saya beritahu semua harga adalah dikira oleh aplikasi UBER Driver. Kami UBER Driver tak berani memberikan harga. Namun, sekadar membantu, saya berikan Mr Max O link untuk ANGGARAN TAMBANG PERJALANAN ... ( goo.gl/h6R6JJ ).

Saya dengan penuh semangat terus memandu ke destinasi. Entah macamana boleh lupa la pulak. Saya tiba dan SMS UBER Rider di KTM Bukit Mertajam. Dengan lemah lembutnya UBER Rider Mr Max O beritahu. Bahawa beliau di Hospital Bukit Mertajam dan ingin ke KTM Bukit Mertajam.

Malunya saya bukan kepalang, sekali lagi dengan ramahnya beliau membalas SMS " Take Ur Time".
Saya segera ke destinasi Hospital Bukit Mertajam. Sampai di sana sy sms lagi beritahu beliau saya sudah berada di dalam hospital.

Internet yang tak membantu melambatkan carian lokasi tepat. Beliau suruh tunggu di lokasi. Saya yang segan suruh beliau stay di lokasi kerana cuaca ketika itu adalah hujan renyai.

UBER Rider Mr Max O memang sempoi orgnya sekali lagi beliau membalas tak mahu menyusahkan. Dan lokasi tepat diterima. Saya bergerak ke Unit Kecemasan dan Mr Max O ada di sana.

1. I am Not Good in English.
2. I am NEW in UBER.
3. I am not from Penang.

Itulah ayat yang selalu saya guna untuk memberikan servis UBER saya.

Saya dilahirkan di Muar, Johor.
Saya dibesarkan di Bandar Baru Bangi, Selangor.
Saya berkahwin dengan wanita Negeri Kedah.
Saya menetap di Pulau Pinang.

Seterusnya SKRIN DISERET menandakan Perjalanan akan dimulakan dan pengiraan tambang bermula oleh aplikasi UBER Driver.

Allah maha bijaksana. PercaturanNya sangat bersistematik. Akibat kelewatan ke lokasi pick up. UBER Rider yang juga adalah kali pertama bersama UBER Apps terlepas waktu pukcak.

Apa itu waktu puncak dan kenapa Mr Max O beruntung ? . Setiap tambang yang mengandungi SurCaj adalah lebih sedikit mahalnya daripada tambang2 waktu selain waktu puncak.

Saya kata kepada beliau. Tuhan bagi u untung sebab first time. Skrg bukan waktu puncak dan tadi adalah waktu puncak. Kelewatan tadi adalah ditentukan Tuhan untuk orang yang dia sayang.

Beliau hanya Tersenyum dan perjalanan tidak menghadapi sebarang masalah. Akhirnya kami sampai di KTM Bukit Mertajam. SKRIN DISERET lagi untuk kali ke dua. Ini menandakan tamat perjalanan dan pengiraan tambang sedang diproses.

Akhirnya RMX.XX sahaja perlu dibayar dan UBER Rider Mr Max o meninggalkan Lebihan Wang sebagai TIPS. Terima Kasih Yer.

Akhirnya keterujuaan menggunakan perkhidmatan UBER kali pertama jelas terpancar diwajah beliau. Tanpa bertangguh, beliau meminta untuk bergambar. Untuk dikongsikan bersama rakan katanya. Jadi itulah Gambar Diambil. Dengan penuh rendah diri dia meninggalkan saya. Dan saya meluncur meninggalkan beliau yang ingin ke kampung halaman di Kangar, Perlis.

Seperti biasa selepas semua penghantaran dihabiskan. Saya akan meninggalkan jejak untuk mencari Pengguna REGULAR yang boleh diulangkhidmat pada masa akan datang.

...........................................
Thanks to All UBER Riders.
Support #UBERianz.
Please have a visit :-
https://goo.gl/lavRWq
...........................................
Dont Forget To Sent Uncle the photo.
I will upload it to my blog.
.
.
.

SEPERTI DIBERITAHU DI DALAM WHATSAPP CHAT. INI ADALAH POST MENGENAI PENGALAMAN PERTAMA UBER RIDER MR MAX O DENGAN UBER APPS. INI JUGA ADALAH PENGALAMAN PERTAMA BAGI SAYA SELAMA SAYA MEMANDU UBER DI PULAU
PINANG. PELANGGAN INGIN BERGAMBAR DENGAN DRIVER. TERIMA KASIH BANYAK DI ATAS SUPPORT YANG DIBERIKAN.



No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan ulasan anda di sini.
Semoga kita akan bertemu lagi nanti.
insyaAllah.
aamiin.