Terkini :

Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) Dan UBER

PETALING JAYA : Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) mahu menambah pelaburan dalam firma teknologi, susulan penerokaan kumpulan tersebut dalam sektor itu, dengan pelaburan dalam syarikat yang dikenal pasti sumber sebagai perkhidmatan perkongsian kenderaan Uber.

KWAP, dana persaraan kedua terbesar Malaysia dengan aset bernilai RM123 bilion di bawah pengurusannya, sedang pelbagaikan pelaburan ke dalam sektor baharu ekoran pulangan yang perlahan daripada pelaburan sebelum ini.

Kumpulan itu mahu melabur sejumlah RM123 juta dalam “teknologi disruptif pertama” dalam satu syarikat asing, kata Ketua Pegawai Eksekutif Wan Kamaruzaman Wan Ahmad kepada Reuters dalam satu temubual. Syarikat itu merupakan “syarikat teknologi global dengan nilai pasaran melebihi AS$60 bilion”.

“Ini merupakan pelaburan pertama kami dalam ruangan itu, dan mahu meningkatkan kemahiran kami dalam bidang itu,” kata CEO itu.

Walaupun Wan Kamaruzaman tidak mendedahkan nama syarikat itu, dua sumber yang maklum akan urusniaga itu berkata KWAP baru-baru ini melabur jumlah tersebut dalam Uber Technologies Inc. Sumber itu tidak mahu dinamakan kerana ia masih dirahsiakan.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan ulasan anda di sini.
Semoga kita akan bertemu lagi nanti.
insyaAllah.
aamiin.