Hari ni adalah juga sejarah. Hari ni merupakan hari ketiga dan diramalkan sebagai hari terakhir kami bersama. Permintaan daripada seorang kawan beliau, bro Jef melalui aplikasi UBER diterima 2 hari yang lalu.
Demikianlah bermula kisah perkhidmatan penghantaran UBER oleh Pemandu UBER Penang untuk Mr. Better Liang. Seorang jurutera perisian yang berasal dari negara China.
Perkhidmatan diberikan selama 3 kali pergi dan 2 kali balik ( kalau betul Allah nak bagi rezeki, malam ni adalah trip terakhir sebelum beliau berangkat semula ke negaranya di China - namun kalau bukan rezeki Bro Jef akan kendalikan penghantaran rakan beliau ke Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas ...
Sejak hari pertama beliau berbesar hati memberi RM yang lebih. Hari kedua dibawakan goodies untuk Pemandu UBER Penang. Hari ke tiga ( trip pagi selesai ) dan ( trip malam belum tahu lagi ).
Apapun beliau adalah seorang yang periang. Wajah mudah senyum. Mulut rajin berbicara. Walau kami bukan pakar bahasa inggeris ... perbualan terus rancak dalam setiap perjalanan.
Terima kasih Mr Jef
Terima Kasih Mr Better
Terima kasih semuanya.
Jumpa dan Jumpa Lagi
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan ulasan anda di sini.
Semoga kita akan bertemu lagi nanti.
insyaAllah.
aamiin.