Terkini :

Terima Kasih Fatim

Kidahnya dia bukan regular. Tetapi sekarang antara regular paling popular. Cuma kadang-kadang mendapatkan perkhidmatan penghantaran UBER di Pulau Pinang bila beliau menjejakkan kaki di Penang.

Fatim, yang bertugas sebagai pegawai promosi bahagian decorasi dalaman sebuah syarikat bernama Bangi Restu Sdn Bhd berpusat di Kuala Lumpur.

Hari ini setelah beberapa kali Fatim menggunakan khidmat Pemandu UBER Penang barulah berkedempatan untuk bergambar kenang-kenangan. Terima kasih Fatim kerana sudi menggunakan perkhidmatan pakcik.

Awal pagi jam 6 pagi beliau bergerak ke KTM Butterworth. Dek kerana adab dan budi bahasanya yang tinggi beliau memberitahu ... segan nak ganggu sebab jam 6 pagi ... Pemandu UBER Membalas ... cuba call dulu biasanya dah ON walau memang belum waktu start duty.

Cubaan mendapatkan transport untuk kembali ke Kuala Lumpur nampaknya gagal apabila semua train ke Selatan habis di booking. Fatim kini tiada pilihan. Cara terpantas dan terbaik untuk ke Kuala Lumpur sebelum bergegas ke Johor Bharu adalah dengan kapal terbang.

Perkhidmatan Penerbangan Tambang Murah
>>> AIRASIA
Perkhidmatan Tambang Murah Darat
>>> UBER

Panggilan telefon diterima. Fatim mengesahkan trip. Pemandu UBER Penang bersedia. 10 minit tiba ke lokasi. Menyusun bagasi. Memulakan aplikasi. Skrin diseret. Tayar digolek. Kami meluncur ke jambatan Pulau Pinang.

Melalui laluan terpantas hingga tibalah ke destinasi akhir kami iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas ( atau nama sebenarnye Lapangan Terbang Sultan

Terima kasih Fatim.
Sampai jumpa dan Jumpa Lagi.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan ulasan anda di sini.
Semoga kita akan bertemu lagi nanti.
insyaAllah.
aamiin.