Perjalanan daripada KTM Bukit Mertajam ke Institut Perguruan Tuanku Bainun.
Cikgu Chen seorang yang sangat periang. Berasal dari Johor ( sama macam admin ). Namun dibesarkan di negeri Selangor ( iskkk sama macam admin lagi ).
Kembali ke IPG untuk tujuan Exam. Pengajian yang mengambil masa 5 tahun sangat mencabar. 2 tahun telah dihabiskan. Bermakna 3 tahun lagi maka tamat pengajian beliau di IPG.
Mengkhusus di dalam matapelajaran Sejarah sebagai teras dan Bahasa Cina ( Mandarin ) sebagai minor.
Lokasi IPG yang jauh tersorok dari bandar Kulim membuatkan Cikgu Chen yang telah memiliki lesen memandu kenderaan motor selama 2 tahun lamanya masih belum mudah ke mana-mana kerana belum berkenderaan sendiri.
Namun, admin setuju. Semua ibubapa memang inginkan yang terbaik dan adakalanya arahan yang diberikan terkadangan sangat seperti mengongkong. "Tak apalah Miss Chen ..." kata saya. "Nanti bila sudah betul-betul bersedia mesti Tuhan beri satu kenderaan untuk miss bergerak."
Akhirnya kami sampai ke destinasi. Disapa oleh pengawal keselamatan yang sangat friendly.
Terima kasih Cikgu Chen kerana menggunakan perkhidmatan "Pemandu UBER Penang".
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan ulasan anda di sini.
Semoga kita akan bertemu lagi nanti.
insyaAllah.
aamiin.