Aiman seorang pelajar fi UiTM Permatang Pauh. Bergerak dari Shah Alam ke Pulau Pinang walaupun masih mood bercuti atas urusan Rekreasi.
Bas yang dinaiki dijangka tiba sekitaran 5:00 pagi telah sampai lebih awal iaitu sekitaran jam 3:00 pagi. Admin masih dalam mode stanby menerima request daripada Aiman ketika di lokasi Jalan Baru Bukit Mertajam.
Cuaca hujan menyebabkan beliau tidak dapat menunggu dilokasi seperti dipin di aplikasi UBER. Admin sampai ke lokasi dan Aiman keluar ke tepi jalan untuk ke destinasi.
Stesen bas Butterworth memang tidak membenarkan kenderaan persendirian berada di dalam lokasi urusan bas.
Lokasi dituju adalah asrama pelajar di UiTM Permatang Pauh. Aiman yang sarat dengan beg galas terpaksa pula menapak ke dalam kampus kerana pengurusan UiTM tidak membenarkan kenderaan UBER melepasi sempadan.
Kesian Aiman. Cuaca Hujan Renyai Sedikit Ketika Itu. Maafkan admin kerana bukan tak nak hantar sampai ke kampus tetapi pengurusan UiTM tidak membenarkan kenderaan persendirian sekalipun UBER untuk memasuki kawasan kampus.
Terima kasih Aiman kerana menggunakan perkhidmatan Pemandu-UBER-Penang.blogspot.com.
Sampai Jumpa dan Jumpa Lagi.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan ulasan anda di sini.
Semoga kita akan bertemu lagi nanti.
insyaAllah.
aamiin.