Ini bukan kali pertama admin menyambut rakan driver baru yang sangut dan tersangkut di dalam perjalanan. Bukan pula perjalanan alam jalanraya tapi perjalanan di dalam proses pendaftaran pemandu UBER.
Bukan pula hati tak nak berkongsi sebab admin selalu kongsikan pada rider, the more you give the more you get. Adakalanya Allah uji pada admin juga. Mungkin Allah uji adakah ianya sekadar kata-kata atau suatu yang betul-betul diyakini.
Ya, mendaftar sebagai pemandu UBER memang mudah dan sangat mudah. Selalu admin pesa. kepada rakan-rakan seUBER yang lain. Tak kira pemandu baru atau lama. Tak kira yang buat-buat baru atau buat-buat lama.
Tolong ajarkan apa sahaja kepada rakan baru supaya ilmu bermanfaat dapat dipanjangkan sejauh yang mungkin.
Ada yang kata kalau tak daftar dengan saya kenapa cari saya. Sombongnya !. Tak kurang juga yang mengelak dalam diam atau menghilangkan diri dari perguruan kerana tak dapat manfaatnya.
Setiap pendaftaran anda adalah bernilai. Maka tak hairanlah kalau ramai tempat bertanya tak nak berkongsi. Mungkin kerana sibuk mengayuh mencari rezki. Mungkin sibuk membangau menunggu rezki.
Apapun begitu ceritanya, pendaftaran telah dimulakan dan harus diselesaikan. Andai sudi registerlah pada rakan yang nak dijadikan guru. Kalau tidak tak perlu pun begitu. Cukuplah kita berkawan dan berkenalan.
Kenapa ianya dikatakan bernilai ?
Ini kerana semua pendaftaran pemandu UBER baru menggunakan invitation link individu mempunyai nilainya dalam matawang RM. Mungkin ada yang kata tak banyak. Tapi bagi admin, RM300 bagi setiap seorang pemandu baru didaftarkan adalah sangat besar !!!.
Jadi bila dengar tentang UBER ...
. rujuk rakan yang memperkenal
. tanya pada rakan memperkenal
. daftar dengan rakan memperkenal
. belajar dengan rakan memperkenal
. sanjung jasa rakan memperkenal
. jadi akrab dengan rakan memperkenal
Kalau tidak. Daftar sahaja ONLINE
. nak rujuk tak paham
. nak daftar tak reti
. nak belajar takde guru
. nak sanjung rasa tak perlu
. nak akrab dengan siapa
PERINGATAN !!!
/// NAK DAFTAR KLIK SINI ///
Ini hanya pemberitahuan. Bukan Marah Tapi Nasehat. Bukan yang Pertama Sebab Yang sekarang dah Hustler pun tak pernah dah nampak Muka. Selamat mengUBERlah anak2.
Tak Rugi . Tak Benci . Tak Dengki
Mungkin Sedikit Rasa Kecil Hati
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan ulasan anda di sini.
Semoga kita akan bertemu lagi nanti.
insyaAllah.
aamiin.