Terkini :

RUPA-RUPANYA INI SEBABNYA !!

Mengapa Perlu Elakkan Jemur Baju Di Malam Hari? -

Assalamualaikum, rupanya sidai baju di ampaian pada waktu malam tidak elok sebab jin akan buat macam-macam kat baju kita tu. Patutlah mak selalu basuh balik baju yang kalau lupa angkat waktu malam. Jadi, sama-sama kita elakkan memakai baju yang tersidai lebih pada waktu Maghrib.

( Drp Ustaz Syahidan KUIS )

👀 Sebelum melangkah masuk ke dalam rumah. Begitu juga ketika menutup pintu apabila keluar dari rumah. Sebab syaitan yg memecah belahkan keamanan keluarga sentiasa menunggu peluang untuk masuk ke kediaman kita. Lebih bagus beri salam setiap kali masuk ke mana² pintu (kecuali bilik air) sebab port² syaitan kebiasaannya di pintu² tersebut.

🌱 Lazimi membaca, ulang baca dan acap kali baca sert memasang ayat suci al-quran di rumah.

🌱Gunakan semua bilik yang ada di dalam rumah. Jangan biarkan kosong tak berpenghuni atau tidak digunakan.

🌱 Tutup tong sampah dan jangan biar sampah berteraburan seperti sisa makanan, tulang dan sebagainya sebab itu semua makanan jin.

🌱 Sebelum Maghrib tutup semua pintu dan tingkap. Waktu malam elakkan buka pintu atau tingkap sebab angin malam tak elok untuk badan dan kebiasaan sihir dihantar menggunakan jin dan 'kenderaan' jin adalah angin.

🌱Angkat baju diampaian sebelum waktu Maghrib. Yang ini berkait dengan sihir melalui angin. Sesetengah orang yang alim lagi ulama', ada dikalangan mereka yang akan basuh semula baju yg terhampar pada waktu Maghrib dan ke atas.

🌱 Kalau orang yang tidur mengigau sentuh dan kejut dia.

🌱 Tidur dalam keadaan mengiring ke kanan. Kalau tidur telentang, letak bantal atas badan. Orang perempuan bila tidur rambut kene letak bawah kepala, ( Jangan lepaskan ke atas bantal ).

🌱 Bagi rumah yang pintunya berhadapan dengan pintu lain, tutup salah satu dan buka salah satu. Sebab pintu yg saling berhadapan boleh menjadi laluan makhluk halus.

🌱 Kalau terlupa bagi salam masa masuk rumah, keluar semula dan masuk balik dengan bagi salam.

🌱 Elakkan bergembira atau bersedih yang berlebihan.
🌱 Elakkan duduk di muka pintu.
🌱 Selalulah baca surah Al-Quran
( Antaranya Surah Al-Baqarah ).

🌱 Selalu-selalulah alihkan barang dalam rumah. Jaga suasana baik dalam rumah, jangan buat perkara lalai sebab perkara-perkara tersebut akan menarik perhatian makhluk halus. Jin @ syaitan suka berdampingan dengan manusia yang kelalaian.

😊 Share dengan rakan-rakan anda.
😊 Semoga Bermanfaat
😊 Wallahua'lam.

( Rujuklah Pada Yang Lebih Pakar Tentang Ilmu Adab-Adab Seorang Muslim/Muslimat Dalam Seharian )

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan ulasan anda di sini.
Semoga kita akan bertemu lagi nanti.
insyaAllah.
aamiin.