Terkini :

Tersentuh Juga Bila Rasa Dihargai

Ahhaa ... godek sana godek sini. Tiba-tiba nampak kelibat benda baru. 5 Star Comment daripada UBERianz yang menggunakan Zperkhidmatan penghantaran UBER oleh Pemandu UBER Penang.

Bukanlah nak dibanggakan sangat jauh sekali untuk membesar diri tetapi komen-komen yang memberikan inspirasi baru dan menjana minda positif untuk terus beraksi bagai terasa dihargai.

Kerja kecil yang sama juga seperti kerja-kerja yang lain di dunia. Sebagai pemandu UBER di Pulau Pinang, ianya juga memerlukan ketahanan fizikal dan mental yang tinggi untuk terus bersaing secara sihat.

Tak ada apa nak dicerita dan tak ada apa nak dicakap. Cukuplah sekadar setinggi-tinggi penghormatan buat mereka-mereka yang sudi memberikan rating dan juga komen bernas yang berguna.

Semoga dengan demikian, Pemandu-UBER-Penang akan terus berkhidmat selagi terdaya ditahap paling tinggi dan terbaik. InsyaAllah.

Hari ini kita mengUBER lagi. Jom riders tekan butang REQUEST sekarang. Dapatkan perkhidmatan penghantaran daripada mana-mana juga Pemandu UBER di bandar anda.

Selamat mencuba ...

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan ulasan anda di sini.
Semoga kita akan bertemu lagi nanti.
insyaAllah.
aamiin.