Terkini :

Terima kasih Mr. WengChun

Terima kasih menggunakan perkhidmatan Pemandu UBER Penang. Ini adalah kali kedua selepas request kali pertama tak dapat admin penuhi.

Adakalanya malah kebiasaannya, Driver yang gagal menyempurnakan trip kali pertama akan diabaikan oleh rider yang sama. Namun ianya berbeza kali ini.

Sahabat rider kita kali ini masih mengekalkan sifat terpuji beliau. Masih menerima dan membenarkan malah dilihat sebagai memberikan peluang kedua buat Pemandu UBER Penang.

Kali ini trip diminta hanya beberapa kilometer sahaja dari pickup location. Solok Belimbing >>> IconCity Bukit Mertajam.

Kisah request yang tidak dapat disempurnakan berlaku sekitar dua minggu sebelum berlakunya request pada hari ini.

Admin yang kehabisan data gagal mengesan lokasi tepat rider dan komunikasi dimulakan dengan perhubungan komunikasi suara. Panggilan telefon dibuat dan salah informasi berlaku.

Apa sebenarnya yang berlaku ?
Panggilan telefon sebenarnya memberitahu " saya sudah keluar ..." merujuk kepada rider keluar dari dalam rumah ke luar menantikan driver.

Sebaliknya Pemandu UBER Penang menterjemah kepada "rider sudah keluar meninggalkan lokasi bersama rakan / UBER lain ". Maka trip dibatal. Charge diminta untuk ubahsuaian ke SupportTeam di UBER apps.

Trip kali ini menyebabkan Pemandu UBER Penang telah mendapat kawan baru. Terima kasih bro. Thanks for the supports. Glad to serving you more on next trips.

Sampai Jumpa Lagi

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan ulasan anda di sini.
Semoga kita akan bertemu lagi nanti.
insyaAllah.
aamiin.