Terkini :

Terima Kasih Mr Chee N

Dia bukan orang luar. Dia anak jati Pulau Pinang. Namun berniaga di Kuala Lumpur dan sering berulang-alik ke Pulau Pinang atas urusan perniagaan.

Hari ini bersama Pemandu UBER Penang, beliau memerlukan perkhidmatan penghantaran UBER dari destinasi The Light Hotel, Seberang Jaya, Pulau Pinang ke Eastin Hotel, Bayan Baru, Pulau Pinang.

Melihatkan pada wajah dan kesederhaan dalam berpakaian. Beliau bukan dari kalangan pekerja kelas pertengahan sebaliknya mungkin di kelas-kelas elit dan pengurusan.

Orangnya simple. Boleh bersembang dan berborak dalam perjalanan walau riak wajahnya sedikit garang / tegas ...

Semuanya berjalan lancar dan seperti biasa. Bagasi diturunkan. Bayaran diterima. Ucap selamat tinggal dan terima kasih sebagai penutup.

Semoga kita berjumpa lagi Tuan.
Izinkan kita bercerita panjang kalau bersama lagi akan datang.

Sekian.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan ulasan anda di sini.
Semoga kita akan bertemu lagi nanti.
insyaAllah.
aamiin.