Perjalanan kali ini melibatkan jarak yang sederhana. Dr. Tan, seorang doktor bius di hospital Kulim sebelumnya dan kini berkhidmat di Hospital Pulau Pinang ( bersama 2 orang lagi rakan ) memanggil UBER Driver dengan UBER Apps.
Pemandu UBER Penang mendapat jemputan kali ini dan trip bermula daripada KTM Bukit Mertajam menghala ke Taman Tasek Mutiara ( nama baru = Pearl City ).
Perjalanan menggunakan Tol adalah yang terpantas. Namun, atas cadangan haluan ditukar kerana laluan menuju ke tol menghadapi kesesakan dan waktu cuti akan menambahkan kesesakan.
Cadangan diterima dan haluan dicadang menggunakan Machang Bubuk > Jawi namun Dr. Tan mahukan laluan Alma.
Kenderaan dihala destinasi ditetapkan. Waze seperti biasa dimatikan untuk keselesaan riders kali ini.
Seperti biasa Pemandu UBER Penang akan memulakan bicara. Bersembang dan berborak serta berkongsi cerita tentang UBER,
Jenis-Jenis UBER, kategori UBER, perkara yang perlu diambil perhatian semasa menggunakan perkhidmatan UBER dan lain-lain.
Sedikit kesesakan antara perjalanan menempuh Alma dan perjalanan diteruskan hingga selesai ke destinasi.
Dr. Tan dan 2 rakan memberitahu akan bergegas ke Hospital Pulau Pinang untuk Duty.
Semuanya baik dan selamat.
Terima kasih Dr. Tan dan rakan-rakan kerana menggunakan perkhidmatan pwnghantaran tambang murah darat UBER bersama Pemandu UBER Penang.
Sampai Jumpa dan Jumpa Lagi.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan ulasan anda di sini.
Semoga kita akan bertemu lagi nanti.
insyaAllah.
aamiin.