Kisahnya admin baru sahaja melepasi KTM / Jetty Butterworth. Mendapat peringatan yang bahawasanya anak yang bersekolah sepatutnya sudah diambil.
Bergegas meninggalkan Butterworth ke Bandar Perda. Dalam perjalanan di Jalan Baru menghampiri Pizza Hut Bandar Perda, request baru masuk.
Sedihnya tidak seperti biasa, sumber perhubungan admin <> Riders terputus. Rider tak dapat dihubungi sekalipun dengan SMS.
Terus memandu menghala ke Tabika Perpaduan Pangsapuri Permata Bandar Perda dan lazimnya seingat admin ... request akan dicancel oleh rider.
Kenapa ?
Pertama, kenderaan Pemandu UBER Penang tidak menghala pun ke Butterworth.
Kedua, kenderaan admin juga tidak membuat pusingan u dimana-mana yang membawa maksud akan ke Butterworth.
Ketiga, admin sampai lokadi dituju dan selesai pick up anak balik sekolah.
Keempat, request masih belum dicancel. Admin memulakan haluan ke Butterworth. Di persimpangan bulatan Bukit Tengah berhampiran Stesen Minyak Petron Bukit Tengah, rider menghubungi dan bertanya " adakah anda akan datang ?".
Admin rasa seperti perlu lakukan sesuatu terhadap rider seperti ini. Admin membalas "wait me there n i have surprise for you". Rider membalas pendek dengan berkata "OK".
Pacuan ditingkatkan dan akhirnya sampai. Tiba di lokasi KTM Butterworth, admin menyapa sepertimana biasa dan memulakan sepertimana juga biasa buat semua riders.
Disebabkan ini pertama kali, rider menunggu sehingga 17 minit menantikan Pemandu UBER Penang datang pickup dan masih di Bandar Perda. Ditambah pula lebihan masa lebih kurang 17 minit untuk tiba di KTM Butterworth. Menjadikan rider ini menanti ketibaan admin sekitar 34 Minit ( lebih setengah jam !!! ).
Dalam perjalanan admin memberitahu, ini kali pertama rider tak cancel request untuk tempoh yang sangat lama dan panjang dan ini adalah satu sejarah bagi admin.
Admin menambah lagi ... "so today you are on FREE Ride". Admin merasa sangat kagum dengan tahap kedabaran rider ini berbanding riders lain yang cancel request sekalipun hanya menanti tak sampai 10 minit !!!.
Terbaiklah madam.
Harap kita dapat bertemu dan ride bersama.
Namun, madam juga membuat kejutan balas. FREE RIDE yang ditawarkan admin dibalas dengan RINGGIT hadiah buat anak.
Sekali lagi ini betul-betul kejutan di balas kejutan.
Admin menerima dengan tangan terbuka.
Semoga perkenalan ini boleh berlangsung untuk jangka masa yang sangat mengkagumkan.
Jumpa lagi kita nanti madam.
Terima kasih.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan ulasan anda di sini.
Semoga kita akan bertemu lagi nanti.
insyaAllah.
aamiin.