Ini adalah batch yang baru. Batch sebelum ini mungkin telah tamat pengajian. Tiada foto untuk batch terdahulu.
Mereka baru sampai di Pulau Pinang. Menyambung pengajian di kolej KPJ. 2 orang daripada mereka adalah rakyat negeri Kelantan. Seorang lagi adalah rakyat negeri Perak.
Ini adalah kali pertama bersama "Pemandu UBER Penang" .... Perjalanan singkat antara Pekan Bukit Mertajam ( Taman Manggis ) ke UpTown Bandar Perda. Malangnya cuaca adalah hujan. Uptown tergendala dan kebanyakan peniaga belum membuka perniagaan masing-masing.
Haluan diubah atas cadangan Pemandu UBER Penang untuk ke MyDin Jalan Baru. Cadangan diterima dan meninggalakan pelajar-pelajar ini di sana.
Selang 1 jam lebih kurang. Menerima sekali lagi jemputan untuk berkhidmat. Kali ini adalah untuk laluan pulang. Disebabkan Taman Manggis adalah kurang meriah di waktu malamnya. Ditambah waktu hujan yang melaparkan perut.
Pemandu UBER Penang diminta untuk pendapat lokasi membeli makanan untuk dibungkus. Sementara dalam laluan, kami dinggah di Restoran Suraya Tomyam - Jalan Baru. Dulu namanya Hajjah Tomyam - Jalan Baru.
Selepas menunggu makanan disiapkan, kami bergerak ke lokasi kediaman UBER RIDERS kali ini untuk pulang. Jangan lupa Char Kuey Teow di Pulau Pinang ... admin kata ada 3 Nama yang admin suka singgah.
1. Char Kuey Teow Sg Dua
2. Char Kuey Teow Permatang Pauh
3. Char Kuey Teow Key
Kebetulan melalui ... admin tunjukkan juga. 1 stall Char Kuey Teow yang mabbellez di Bandar Perda. Dilokasi simpang tiga BM City , Allianz & Foto Kem Bandar Perda sebaris Maybank Bandar Perda.
Selanjutnya terus ke Taman Manggis dan DROP.
Terima kasih untuk TIPs ... wah dahsyat !!!
Sampai Jumpa dan Jumpa Lagi.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan ulasan anda di sini.
Semoga kita akan bertemu lagi nanti.
insyaAllah.
aamiin.